Sistem perpaipan set aquaponics

Pam air berada di dalam tangki ikan, berfungsi menyedut air dan sisa kotoran dari dalam tangki ke penapis radial flow. Saya pasang sambungan T untuk membahagikan saliran, satu ke penapis dan satu lagi ke tangki ikan, yang dipasang injap kawalan, bertujuan mengawal kadar aliran air ke penapis.

Saluran paip ke dalam penapis radial flow. Di sini kotoran dari dalam tangki, terutamanya yang bersaiz besar, akan mendap ke dasar tangki, menghasilkan air yang lebih bersih untuk disalir kembali ke tangki ikan. Tangki ini mesti kerap dicuci bagi mengelak kotoran kembali ke tangki ikan, dan juga mengelak penguraian kotoran yang mencuri oksigen yang diperlukan ikan dan tumbuhan.

Saluran paip ke penapis bio. Tiada sambungan kekal dibuat supaya senang untuk mengalihkan mana-mana komponen penapis untuk dibersihkan, dan juga mengurangkan risiko kebocoran. Sesetengah kotoran yang lebih halus akan ditapis di sini, jadi tangki ini hendaklah dibersih secara berkala.

Saluran paip kembali ke tangki ikan. Sebatang paip yang dibuat jalur dipasang sehingga ke dasar tangki bio, kerana dalam tangki ini akan diisi dengan media K1 yang bertindak sebagai rumah untuk bakteria nitrifikasi, dan paip tersebut menghalang media ini masuk ke dalam tangki ikan.

Facebook
Instagram

Meja ketuhar mikro

Satu lagi projek #DIY, meja dapur untuk letak ketuhar, periuk nasi dan lain-lain.

Instagram

Penutup tangki ikan

Tangki ikan yang saya guna asalnya adalah untuk tangki simpanan air, jadi ia datang dengan penutup. Untuk dijadikan tangki ikan, saya ada terfikir untuk memotong lubang tinjau di penutup tangki. Tapi kalau dah berlubang nanti tak dapat nak gunakan semula sebagai tangki simpanan air jika saya ubah fikiran.

Oleh itu saya pasang kaki penyokong untuk menggantung penutup tersebut di atas tangki. Saya mendapat idea ini daripada ASK Aquaponics. Daripada meletakkan penutup tangki itu di tempat lain, cara ini menjimatkan ruang, dan juga dapat mengelakkan sinaran cahaya matahari terus ke dalam tangki, yang boleh menyebabkan pertumbuhan lumut.

Facebook
Instagram

Meja jahit, bhgn 2

Sambungan proses pembuatan meja mesin jahit #diy

Instagram

Meja jahit

Video proses membuat meja untuk mesin jahit, tapi baru siap rangkanya saja. Video sepenuhnya akan datang.

Dimensi meja: 44” panjang, 24” lebar, 28” tinggi, di mana ketinggian ini sesuai digunakan bersama kerusi plastik.

Instagram

Definisi sayuran organik

Definisi organik ini ada pelbagai. Untuk tanaman sayuran, sesetengah orang hingga mengambil kira jenis media tanaman untuk menentukan sama ada sayuran itu organik atau tidak.

Bagi kami, sayuran organik hendaklah bebas daripada racun serangga sintetik. Ini kerana sisa racun inilah yang mengancam kesihatan kita.

Media dan baja tanaman boleh sahaja menggunakan bahan kimia sintetik, kerana bahan kimia yang sama boleh didapati pada baja organik.

Sayur salad kampung (lettuce) kami baru tuai dari kotak tanaman (raised beds) & anak sayur seterusnya baru dipindah.

Facebook
Instagram

Video pembinaan meja penapis air

Ini model 3D untuk meja penapis air kami, dihasilkan menggunakan SketchUp.

Video proses membina meja ini di rumah dango kami di kampung.

Hasilnya, walaupun ada senget sikit, tapi kemahiran yg diperoleh itu yg penting.

Instagram

Pengumpul kayu buruk?

Kayu² ni saya dapat daripada rumah kakak saya, yang mana rakan sekerja abg ipar saya nak berpindah, lalu dia hantar semua perabot ke rumah kakak saya.

Sesetengah perabot masih dalam keadaan baik, jadi saya ambil kayu 1×2 yang ada untuk digunakan semula.

Nak tengok macam mana kayu buruk jadi meja semula? Tunggu pos dalam beberapa hari lagi, video masih diedit.

Facebook
Instagram