I want you back

Ada lebih 20 lagu dengan tajuk ‘I want you back‘.

Yang saya cari mulanya adalah lagu Nsync.

Kebanyakan lagu adalah olahan semula daripada lagu Jackson 5.

Mana satu lagu pilihan anda? 🎧

Facebook
Instagram

Laman web aplikasi² noodlecode

Aplikasi web kalkulator petrol dan beberapa aplikasi sampingan lain telah saya pindah ke alamat laman web https://noodlecode.org.

Jika anda pengguna aplikasi petrol, jangan risau, pautan terdahulu masih berfungsi.

Pautan terbaru untuk aplikasi web ini ialah https://noodlecode.org/petrol. Untuk menggunakannya, simpan pautan ini ke skrin rumah (add to home screen) telefon Android dengan menggunakan Google Chrome, ataupun telefon iOS dengan menggunakan Safari.

Facebook
Instagram

Bas Elektrik Kuching Metro

Perkhidmatan Bas Elektrik di Kuching akan mula beroperasi pada 1 Mac, percuma untuk 3 bulan. Saya cuba untuk plotkan laluan bas ini pada Google Earth, dan ini hasilnya. Walaubagaimanapun, ini hanya tekaan saya saja, laluan sebenar boleh diketahui apabila telah beroperasi hujung minggu ini.

Route 101 – https://www.facebook.com/mysarawak.org/photos/a.1722260584707869/2239046979695891/?type=3&permPage=1

Facebook
Instagram

10-year challenge: Invincible Youth

Sebelum #10yearchallenge menjadi viral, saya terfikir untuk menulis pos mengimbau perkara 10 tahun dahulu. Bukan berkenaan diri saya, tapi berkenaan rancangan variety TV Korea iaitu Invincible Youth.

Ia adalah rancangan tentang sekumpulan wanita daripada beberapa kumpulan Kpop, ke sebuah kampung untuk menjalani kehidupan luar bandar. Mereka belajar segala cara hidup dari berkebun, menternak, menyediakan juadah, menolong orang kampung dan sebagainya.

Antara perkara yang menarik tentang rancangan ini ialah ia mendedahkan teknik agrikultur, mesin dan peralatan bertani yang agak baru di tempat kita pada masa itu.

Contohnya, mesin menanam padi pada gambar ke 2. Mesin ini mampu memindahkan anak padi ke sawah dgn sangat mudah dan cepat berbanding secara manual. Sangat mudah hinggakan wanita pun dapat mengendalikan mesin seperti yang dipaparkan.

Dalam gambar ke 3 adalah alat pelbagai guna untuk menanam atau memindah anak pokok. Hanya cucuk alat tersebut ke dalam tanah, letakkan anak pokok pada ruangan, kepitkan, dan pokok secara automatik telah ditanam.

Dalam gambar ke 4 pula alat seperti roda yang berputar sambil menyemai benih ke dalam tanah.

Seterusnya, dalam gambar ke 5, menunjukkan teknik menanam menggunakan plastik penutup yang memberi pelbagai manfaat, antaranya mengurangkan rumput, mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan serangga perosak.

Gambar ke 6 menunjukkan cara menggunakan traktor untuk menggemburkan tanah dan juga membuat batas.

Invincible Youth telah mencetuskan minat saya dan isteri dalam bidang pertanian. Sebelum ini, kami hanya bertani secara maya, di dalam permainan Farmville, kemudian Hayday. Setelah berpindah ke rumah sewa sekarang, kami berpeluang untuk mempraktikkan ilmu bertani yang kami dapat daripada rancangan ini.

Facebook
Instagram

Shell out timelapse

Video time lapse kami makan siput nipah, atau bahasa kampungnya ‘koyong bini’. Kena guna jarum untuk mencungkil isi siput keluar.

Cuti CNY ni ada banyak projek kayu DIY yg nak dibuat, dan saya rancang untuk mula mengepos video time lapse untuk semua projek yang dibuat.

Harapnya dengan adanya video, ia dapat menunjukkan proses kerja² yg saya lakukan dan pembaca dapat belajar sesuatu daripadanya.

Facebook
Instagram

Terselamat drpd kemalangan?

Baru-baru ini saya dan isteri baru balik dari Penang, dan berita kemalangan di jambatan Penang menjadi topik utama.

Kami kemudian terfikir, perkara ini dah berlaku beberapa kali = selepas kami meninggalkan atau melalui satu2 tempat, ada perkara yg tidak diingini berlaku di situ.

Tapi kemalangan di jambatan bukanlah yg berkait langsung dgn kami. Satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan melanggar tembok hingga hampir terjatuh, di pasaraya Econsave Farlim. Kebetulan pagi sebelum kejadian kami ada park kereta berdekatan dgn lokasi kejadian.

Pada 2013, sebelum ke tempat kerja, saya menghantar isteri saya ke rumah rakannya di Batu Maung, dan kemudian melintas kwsn pembinaan Penang 2nd bridge menuju Bayan Baru. Pada petang, berlaku runtuhan pada struktur binaan jambatan.

Pada 2015, selepas bercuti di Port Dickson, dlm perjalanan ke Ipoh, berlaku kejadian roda ferris tumbang di salah satu taman hiburan di sana.

Pada 2016, juga dlm perjalanan balik turun dari Ranau ke Keningau, kami dpt berita berlaku gempa bumi lemah di Ranau. Kiranya kami masih bernasib baik tidak ditimpa perkara buruk yg berlaku

P.S: hotel? agoda!

Facebook
Instagram