Daripada lakaran ke produk akhir

Ini adalah meja untuk meletakkan penapis untuk tangki ikan. Dua biji tong hitam 20 gelen ini saya pernah gunakan untuk penapis radial flow (tong pada permukaan yg lebih tinggi) dan penapis biologikal pada set aquaponics tahun lalu.

Juga digunakan semula daripada set aquaponics dulu adalah kayu 1×2, manakala beberapa papan 1×4 saya dapat dari kampung, daripada sisa pemasangan tiang elektrik.

Kebiasaannya ukuran dibuat dalam unit imperial (inci), tapi saya cuba pula menggunakan sistem metrik (cm). Saya dapati untuk pembinaan barangan kayu yang kecil, adalah lebih sesuai menggunakan cm kerana ukurannya yang lebih terperinci.

Paip 1″ digunakan untuk mengalirkan air dari penapis radial flow, ke penapis bio, seterusnya balik ke tangki ikan.

Kali ini tong2 dan tangki ikan dipasang bebas antara satu sama lain, supaya senang untuk mengeluarkan satu-satu komponen daripada sistem untuk diselenggara.

Facebook
Instagram

Sambungan pancur ke tangki ikan & jaring teduh

Paip ke bawah dari pancur dah sambung terus ke tangki. Ada 2 lubang yang dah ditebuk pada tangki – lubang paip 2″ pada mulanya untuk solid lifting outlet, tapi paras air dalam tangki terlalu tinggi, jadi saya buat satu lagi lubang, saiz 1″, yang sekarang digunakan sebagai saluran limpah (overflow).

Pancur ini hanya diikat dengan dawai, bila hujan boleh nampak air bocor pada bahagian paip yang bertimpa, jadi saya letak silikon sealant di setiap sambungan paip.

Pastikan korang guna silikon berasaskan air untuk kegunaan am (general purpose, water-based), dan bukannya silikon akuarium. Antara sebab set aquaponics tahun lalu mengalami masalah kebocoran, adalah disebabkan salah pilih silikon. Kesimpulannya – belajar dari kesilapan.

Seterusnya saya memasang jaring teduh (shade netting) sebab cahaya matahari menyinar terus ke dalam tangki. Ini untuk mengelak air tangki ikan menjadi terlalu panas.

Facebook
Instagram

Pemasangan pancur pada awning belakang rumah

Merujuk kepada posting lalu, paip 4″ yang digunakan sebagai pancur, telah dibelah dua, kemudian disusun di atas satu sama lain, mengikut arah aliran air hujan yang dikehendaki. Buat masa sekarang pancur tersebut hanya diikat menggunakan dawai tebal.

Pancur dipasang pada awning dengan menggunakan lebihan paip PVC 1/2″ dan 1″, bahagian di mana saya mahu air hujan itu mengalir turun, di situ saya pasang paip yang lebih besar, untuk mewujudkan perbezaan paras aliran air.

Untuk menyambut air yang turun, saya gunakan sambungan 4″ ke 2″, kemudian diteruskan dengan menggunakan paip 2″. Paip ke bawah ini diperkuatkan dengan kayu 1×2.

Sambungan pancur ke pemegang pada awning semuanya diikat menggunakan dawai tebal.

Kayu penyokong dipasang sedemikian sebagai kaki yang mencengkam tanah supaya paip tidak mudah beralih.

Elbow paip overflow ni asalnya telah digam dgn paip 1″ yang panjang tu, jadi terpaksa baringkan tangki utk dipasangkan.

Kedudukan tangki dibiarkan begini dahulu, bila ada masa nanti saya akan teruskan dengan menyambung paip dari pancur terus ke dalam tangki untuk mengumpul air hujan.

Facebook
Instagram

Pemasangan pancur (palung) atap

Rumah dango kami seperti kebanyakan rumah di kampung belum lagi memiliki bekalan air paip, jadi kami bergantung kpd air hujan sebagai sumber air. Kebetulan hujung tahun lalu saya mengambil cuti panjang, jd dapatlah saya siapkan pemasangan pancur dan tangki air, utk menyimpan air hujan menggunakan 3 biji tong air 55 gelen.


Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan. Kayu bulat di tepi rumah ini saya dpt drpd pekerja yg melakukan pemasangan tiang elektrik.


Pancur siap dipasang. Gutter PVC sepanjang 20 kaki ini saya dpt drpd lebihan binaan rumah burung yg disimpan oleh bapa mertua. Saya hanya perlu beli kaki utk memasang pancur ke rumah, end cap dan juga downspout bersaiz 4 inci, sesuai dipasang dgn paip UPVC 4 inci.


Tapak utk tangki. Lapik paling bawah sekali menggunakan kayu bulat drpd gelung kabel elektrik yg disebut awal td, kemudian ditambah dgn struktur seperti kayu pallet yg dibuat sendiri, bagi meninggikan kedudukan tangki. Saya hanya guna kayu terbuang shj sbb saya jangka tangki ini hanya utk kegunaan sekitar 2-3 tahun sahaja, sebelum dialihkan bg membina kwsn dapur dan bilik air.


Tangki dan pili air siap dipasang. Ketiga-tiga tangki disambung di bhgn bawah menggunakan paip 1/2 inci, dan disambung terus ke pili, jadi kedalaman air utk semua tangki adalah sekata. Bukaan di atas tangki dilapik dgn netting kebun bagi menapis kotoran & juga mengelak jentik2.

Facebook
Instagram

Bina Rumah Sendiri & Azam Tahun Baru

Siap dah beranda rumah dango kami di kampung. Pada mulanya saya tak berapa yakin yg dapat membuat kerja-kerja pembinaan rumah, takut rumah ni jadi istana sangkut Doremi. Tapi saya belajar sikit demi sedikit daripada pakcik belah isteri dan bapa saya sendiri, berkenaan pembinaan berasaskan kayu. Saya juga berpegang pada nasihat ini yg saya dpt semasa belajar membina set aquaponics: sukat berkali-kali, kerat hanya sekali.

Kemahiran dpt dipelajari, keyakinan yg kena dicari.

Dalam pembinaan rangka lantai.


Sebelum pembinaan. Rumah ini sebahagiannya telah disiapkan oleh pakcik isteri saya.

Kebiasaannya saya tiada azam tahun baru, untuk beberapa projek sampingan saya hanya merancang utk menyiapkannya dlm satu tempoh tertentu, ataupun sehingga membuahkan hasil. Tetapi kali ini, nak juga saya kongsikan beberapa sasaran yg ingin saya capai utk tahun depan

1. Menyiapkan rumah dango, tapi belum lagi berpindah ke rumah ini, sehingga beberapa struktur lain telah siap, seperti:
2. Membina jambatan & bilik ofis utk rumah. Ini memerlukan saya mempelajari beberapa skil utk mendirikan tiang, membuat bumbung, dinding dan cara mendirikan tiang jambatan.
3. Menyiapkan set aquaponics dari tahun lalu. Saya telah mengambil kursus aquaponics drpd School of Aquaponics, dan modul terakhir kursus ini adalah utk membina set aquaponics sendiri dlm masa 6 bulan. Jadi ini akan menjadi motivasi utk saya menyiapkan set tersebut.
4. Meneruskan beberapa projek agrikultur seperti penternakan ayam kampung & penanaman cili

Facebook
Instagram