Jenis skru kayu

Dalam kerja kayu, kebanyakannya menggunakan paku untuk menyambung kayu, tapi saya lebih gemar menggunakan skru, sebab lebih mudah untuk dicabut jika membuat kesilapan, di samping sambungan yang lebih kukuh.

Ada dua jenis skru secara amnya, iaitu jenis biasa dan jenis self-drilling screw.

Skru self-drilling mempunyai alur hujung yang khas untuk menembusi kayu sambil menyambung kayu tersebut. Skru dipasang menggunakan mesin drill dengan kelajuan tinggi sehingga lubang terbentuk, kemudian tukar ke mod kelajuan rendah yang memiliki torque tinggi.

Skru yang bukan self-drilling pula memiliki alur skru biasa. Kena tebuk lubang terlebih dahulu sebelum memasang skru.

Facebook
Instagram

Sambungan pancur ke tangki ikan & jaring teduh

Paip ke bawah dari pancur dah sambung terus ke tangki. Ada 2 lubang yang dah ditebuk pada tangki – lubang paip 2″ pada mulanya untuk solid lifting outlet, tapi paras air dalam tangki terlalu tinggi, jadi saya buat satu lagi lubang, saiz 1″, yang sekarang digunakan sebagai saluran limpah (overflow).

Pancur ini hanya diikat dengan dawai, bila hujan boleh nampak air bocor pada bahagian paip yang bertimpa, jadi saya letak silikon sealant di setiap sambungan paip.

Pastikan korang guna silikon berasaskan air untuk kegunaan am (general purpose, water-based), dan bukannya silikon akuarium. Antara sebab set aquaponics tahun lalu mengalami masalah kebocoran, adalah disebabkan salah pilih silikon. Kesimpulannya – belajar dari kesilapan.

Seterusnya saya memasang jaring teduh (shade netting) sebab cahaya matahari menyinar terus ke dalam tangki. Ini untuk mengelak air tangki ikan menjadi terlalu panas.

Facebook
Instagram

Ciri terbaru kalkulator petrol

Walaupun tak ada perubahan pada harga petrol minggu ini, tapi aplikasi kalkulator petrol saya ada perubahan yang ketara.

Pertama, tanda harga akan berubah warna hijau pada minggu baru penetapan harga (hari sabtu) bagi menonjolkan harga baru.

Kedua, saya menambah pilihan bahasa Melayu kepada pengguna yang cenderung menggunakan bahasa kebangsaan.

Ketiga, pautan ‘Lihat semua’ yang akan menunjukkan senarai penuh harga bahan api yang perlu dibeli untuk mengisi tangki penuh, berdasarkan baki palang pada meter bahan api.

Dan terakhir, senarai isian semula ditetapkan kpd minimum 4 palang.

Layari ke https://noodlecode.net/dev/petrol.html kemudian tambah pautan ke home screen telefon pintar anda untuk menggunakannya.

P.S: kalau korang pinjam kereta kawan, pastu kawan minta isi penuh, ataupun menyewa kereta, boleh bajet2 berapa banyak nak isi petrol

Facebook
Instagram

Pemasangan pancur pada awning belakang rumah

Merujuk kepada posting lalu, paip 4″ yang digunakan sebagai pancur, telah dibelah dua, kemudian disusun di atas satu sama lain, mengikut arah aliran air hujan yang dikehendaki. Buat masa sekarang pancur tersebut hanya diikat menggunakan dawai tebal.

Pancur dipasang pada awning dengan menggunakan lebihan paip PVC 1/2″ dan 1″, bahagian di mana saya mahu air hujan itu mengalir turun, di situ saya pasang paip yang lebih besar, untuk mewujudkan perbezaan paras aliran air.

Untuk menyambut air yang turun, saya gunakan sambungan 4″ ke 2″, kemudian diteruskan dengan menggunakan paip 2″. Paip ke bawah ini diperkuatkan dengan kayu 1×2.

Sambungan pancur ke pemegang pada awning semuanya diikat menggunakan dawai tebal.

Kayu penyokong dipasang sedemikian sebagai kaki yang mencengkam tanah supaya paip tidak mudah beralih.

Elbow paip overflow ni asalnya telah digam dgn paip 1″ yang panjang tu, jadi terpaksa baringkan tangki utk dipasangkan.

Kedudukan tangki dibiarkan begini dahulu, bila ada masa nanti saya akan teruskan dengan menyambung paip dari pancur terus ke dalam tangki untuk mengumpul air hujan.

Facebook
Instagram

Terselamat drpd kemalangan?

Baru-baru ini saya dan isteri baru balik dari Penang, dan berita kemalangan di jambatan Penang menjadi topik utama.

Kami kemudian terfikir, perkara ini dah berlaku beberapa kali = selepas kami meninggalkan atau melalui satu2 tempat, ada perkara yg tidak diingini berlaku di situ.

Tapi kemalangan di jambatan bukanlah yg berkait langsung dgn kami. Satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan melanggar tembok hingga hampir terjatuh, di pasaraya Econsave Farlim. Kebetulan pagi sebelum kejadian kami ada park kereta berdekatan dgn lokasi kejadian.

Pada 2013, sebelum ke tempat kerja, saya menghantar isteri saya ke rumah rakannya di Batu Maung, dan kemudian melintas kwsn pembinaan Penang 2nd bridge menuju Bayan Baru. Pada petang, berlaku runtuhan pada struktur binaan jambatan.

Pada 2015, selepas bercuti di Port Dickson, dlm perjalanan ke Ipoh, berlaku kejadian roda ferris tumbang di salah satu taman hiburan di sana.

Pada 2016, juga dlm perjalanan balik turun dari Ranau ke Keningau, kami dpt berita berlaku gempa bumi lemah di Ranau. Kiranya kami masih bernasib baik tidak ditimpa perkara buruk yg berlaku

P.S: hotel? agoda!

Facebook
Instagram

Restart aquaponics set

Kanvas yg dipasang pada awning di belakang rumah sewa kami dah rosak, selepas kira2 10 bulan. Di sini saya simpan tangki bulat yang pada mulanya hendak digunakan sebagai tangki ikan untuk aquaponics.

Kebetulan ada lebihan paip UPVC 4″ daripada pembinaan rumah dango di kampung, dan juga ada sambungan paip yang lain seperti paip UPVC 2″, reducer 4″ ke 2″, elbow 2″ dll.

Nampaknya ini masa yang sesuai untuk membina semula set aquaponics yangg terbengkalai dulu. Rancangan saya ialah dengan mula menternak ikan tilapia di dlm tangki bulat tersebut, sebelum menambah komponen hidroponik ke set ini.

Air tangki ikan menggunakan air hujan sepenuhnya, yang datang daripada pancur atap awning.

Sementara pancur dipasang, tangki dah pun dicuci dan diletak di tempat berasingan.

Facebook
Instagram

Pak choy aquaponics

Pak choy aquaponics ni dah 9 minggu (dari semai), sepatutnya dituai dlm minggu ke-6 hingga 8, tapi dibiarkan tumbuh lg disebabkan saiznya yg kecil.

Sekali imbas, daunnya masih hijau, walau ada sedikit klorosis, cuma saiznya yg kecil lebih separuh drpd saiz pokok yg sihat.

Walaupun menggunakan filter hydroton, kotoran halus drpd najis atau makanan ikan akan berkumpul di akar pokok yg nampaknya mengganggu proses penyerapan nutrien.

Sistem aquaponics ini secara umum bergantung kepada makanan ikan, bahan buangan ikan dan juga kulit telur ayam (kalsium karbonat) sebagai sumber nutrien kpd tumbuhan.

Sebaiknya gunakan supplemen khas utk membekalkan nutrien tumbuhan yg diperlukan, nutrien yg kurang atau tidak terdapat dlm makanan ikan, seperti kalsium hidroksida / kapur pertanian (unsur kalsium), potassium hidroksida (unsur potassium / kalium), chelated iron FeDTPA (unsur besi) dan magnesium sulfat / garam epsom (unsur magnesium).

Rasanya pula, mmg rasa sayur pak choy, tak berapa pasti mcm mana nak bezakan, sbb bila dah gaul dgn megi kari besar goreng, sepinggan licin, dua kali mau! ๐Ÿ˜†

Facebook
Instagram