Aquaponics update sebelum tahun baru

Ok, menjelang tahun baru, saya nak update sikit tentang indoor aquaponics, sebelum membuat beberapa perubahan berkenaan posting ke media sosial.

Untuk bahagian hidroponik, beberapa anak pokok strawberry telah dipindahkan dan berjaya hidup dengan ok, cuma ada beberapa tanda kekurangan nutrien. Pokok daun sup pula mati, mungkin disebabkan pH air yg rendah, dan ada pokok pak choy yg dpt membesar cuma agak terbantut.

Bahagian ikan pula, 5 ekor ikan shubunkin telah pun mati, akibat kualiti air yang tidak berapa baik untuk ikan – pH sekitar 4.5 (sangat asid), manakala kandungan amonia mencecah 4 ppm. Beberapa cara utk menaikkan pH seperti meletakkan kulit telur ayam (pada masa sama membekalkan kalsium kepada pokok) dan juga menukar air (dengan air hujan simpanan pH 8), tapi pH tetap berada pada tahap rendah.

Keadaan akuarium pula terdapat lapisan biofilm berwarna kekuningan, ini sudah dijangka kerana itulah bakteria yg diperlukan utk proses nitrifikasi dlm aquaponics.

Facebook
Instagram

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *