Pengumpul kayu buruk?

Kayu² ni saya dapat daripada rumah kakak saya, yang mana rakan sekerja abg ipar saya nak berpindah, lalu dia hantar semua perabot ke rumah kakak saya.

Sesetengah perabot masih dalam keadaan baik, jadi saya ambil kayu 1×2 yang ada untuk digunakan semula.

Nak tengok macam mana kayu buruk jadi meja semula? Tunggu pos dalam beberapa hari lagi, video masih diedit.

Facebook
Instagram

10-year challenge: Invincible Youth

Sebelum #10yearchallenge menjadi viral, saya terfikir untuk menulis pos mengimbau perkara 10 tahun dahulu. Bukan berkenaan diri saya, tapi berkenaan rancangan variety TV Korea iaitu Invincible Youth.

Ia adalah rancangan tentang sekumpulan wanita daripada beberapa kumpulan Kpop, ke sebuah kampung untuk menjalani kehidupan luar bandar. Mereka belajar segala cara hidup dari berkebun, menternak, menyediakan juadah, menolong orang kampung dan sebagainya.

Antara perkara yang menarik tentang rancangan ini ialah ia mendedahkan teknik agrikultur, mesin dan peralatan bertani yang agak baru di tempat kita pada masa itu.

Contohnya, mesin menanam padi pada gambar ke 2. Mesin ini mampu memindahkan anak padi ke sawah dgn sangat mudah dan cepat berbanding secara manual. Sangat mudah hinggakan wanita pun dapat mengendalikan mesin seperti yang dipaparkan.

Dalam gambar ke 3 adalah alat pelbagai guna untuk menanam atau memindah anak pokok. Hanya cucuk alat tersebut ke dalam tanah, letakkan anak pokok pada ruangan, kepitkan, dan pokok secara automatik telah ditanam.

Dalam gambar ke 4 pula alat seperti roda yang berputar sambil menyemai benih ke dalam tanah.

Seterusnya, dalam gambar ke 5, menunjukkan teknik menanam menggunakan plastik penutup yang memberi pelbagai manfaat, antaranya mengurangkan rumput, mengekalkan kelembapan tanah dan mengurangkan serangga perosak.

Gambar ke 6 menunjukkan cara menggunakan traktor untuk menggemburkan tanah dan juga membuat batas.

Invincible Youth telah mencetuskan minat saya dan isteri dalam bidang pertanian. Sebelum ini, kami hanya bertani secara maya, di dalam permainan Farmville, kemudian Hayday. Setelah berpindah ke rumah sewa sekarang, kami berpeluang untuk mempraktikkan ilmu bertani yang kami dapat daripada rancangan ini.

Facebook
Instagram

Shell out timelapse

Video time lapse kami makan siput nipah, atau bahasa kampungnya ‘koyong bini’. Kena guna jarum untuk mencungkil isi siput keluar.

Cuti CNY ni ada banyak projek kayu DIY yg nak dibuat, dan saya rancang untuk mula mengepos video time lapse untuk semua projek yang dibuat.

Harapnya dengan adanya video, ia dapat menunjukkan proses kerja² yg saya lakukan dan pembaca dapat belajar sesuatu daripadanya.

Facebook
Instagram

Daripada lakaran ke produk akhir

Ini adalah meja untuk meletakkan penapis untuk tangki ikan. Dua biji tong hitam 20 gelen ini saya pernah gunakan untuk penapis radial flow (tong pada permukaan yg lebih tinggi) dan penapis biologikal pada set aquaponics tahun lalu.

Juga digunakan semula daripada set aquaponics dulu adalah kayu 1×2, manakala beberapa papan 1×4 saya dapat dari kampung, daripada sisa pemasangan tiang elektrik.

Kebiasaannya ukuran dibuat dalam unit imperial (inci), tapi saya cuba pula menggunakan sistem metrik (cm). Saya dapati untuk pembinaan barangan kayu yang kecil, adalah lebih sesuai menggunakan cm kerana ukurannya yang lebih terperinci.

Paip 1″ digunakan untuk mengalirkan air dari penapis radial flow, ke penapis bio, seterusnya balik ke tangki ikan.

Kali ini tong2 dan tangki ikan dipasang bebas antara satu sama lain, supaya senang untuk mengeluarkan satu-satu komponen daripada sistem untuk diselenggara.

Facebook
Instagram

Jenis skru kayu

Dalam kerja kayu, kebanyakannya menggunakan paku untuk menyambung kayu, tapi saya lebih gemar menggunakan skru, sebab lebih mudah untuk dicabut jika membuat kesilapan, di samping sambungan yang lebih kukuh.

Ada dua jenis skru secara amnya, iaitu jenis biasa dan jenis self-drilling screw.

Skru self-drilling mempunyai alur hujung yang khas untuk menembusi kayu sambil menyambung kayu tersebut. Skru dipasang menggunakan mesin drill dengan kelajuan tinggi sehingga lubang terbentuk, kemudian tukar ke mod kelajuan rendah yang memiliki torque tinggi.

Skru yang bukan self-drilling pula memiliki alur skru biasa. Kena tebuk lubang terlebih dahulu sebelum memasang skru.

Facebook
Instagram

Sambungan pancur ke tangki ikan & jaring teduh

Paip ke bawah dari pancur dah sambung terus ke tangki. Ada 2 lubang yang dah ditebuk pada tangki – lubang paip 2″ pada mulanya untuk solid lifting outlet, tapi paras air dalam tangki terlalu tinggi, jadi saya buat satu lagi lubang, saiz 1″, yang sekarang digunakan sebagai saluran limpah (overflow).

Pancur ini hanya diikat dengan dawai, bila hujan boleh nampak air bocor pada bahagian paip yang bertimpa, jadi saya letak silikon sealant di setiap sambungan paip.

Pastikan korang guna silikon berasaskan air untuk kegunaan am (general purpose, water-based), dan bukannya silikon akuarium. Antara sebab set aquaponics tahun lalu mengalami masalah kebocoran, adalah disebabkan salah pilih silikon. Kesimpulannya – belajar dari kesilapan.

Seterusnya saya memasang jaring teduh (shade netting) sebab cahaya matahari menyinar terus ke dalam tangki. Ini untuk mengelak air tangki ikan menjadi terlalu panas.

Facebook
Instagram